Taman Wetland Putrajaya (dibawah Perbadanan Putrajaya) menganjurkan pertandingan fotografi bersempena dengan Bulan Kemerdekaan 2008. Ianya bertujuan bagi mempromosikan taman-taman di Putrajaya. Petandingan ini juga adalah kerjasama dengan Fotopages Malaysia.
Acara berlangsung pada 16 & 17 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad), bertempat di Taman Wawasan, Presint 16, Putrajaya. Yuran yang dikenakan sebanyak RM 35.00 seorang (Kategori Terbuka), RM 25.00 seorang (Kategori Pelajar).
Hadiah Kategori Terbuka : Pertama RM2K, Kedua RM1K, Ketiga RM500.
Hadiah Kategori Pelajar : Pertama RM1K, Kedua RM700, Ketiga RM300.
Hadiah-hadiah lain menanti peserta melalui CABUTAN BERTUAH.
Kepada yang berminat sila hubungi En Azwadi atau Cik Maida di talian 03-89731364 atau faks 03-88892917 (email: putrajayawetland@gmail.com ).
- Login to post comments
DINARSHAD STUDIO, ahli ASFON WP yang berpengalaman dalam industri fotografi (terutama dalam Commercial Photography), akan mengadakan Bengkel bertajuk Professional Photography Approach. Ianya menjangkau untuk tahap Beginner, Intermediate atau pun Advance. Bengkel tersebut akan berlangsung pada 16 & 17 Ogos, dan 23 & 24 Ogos, 2008. - Login to post comments
ASFON WP akan mengadakan kembara foto (photo outing) ke KUALA SELANGOR pada 16 Ogos, 2008 (Sabtu). Fee yang dikenakan adalah sebanyak RM25-00 seorang (ahli ASFON WP), RM50-00 (bukan-ahli). Fee yang dikenakan adalah untuk penyediaan makan/minum sepanjang perjalanan. Kenderaan tidak disediakan, walaubagaimana pun anda digalakkan berkongsi kenderaan. Untuk booking dan keterangan lanjut sila hubungi AJK En Abd Aziz (tel: 012-3156012).- Login to post comments
OPEN PHOTO FORUM 2008
ASFON WP akan menganjurkan forum fotografi yang bertajuk ‘OPEN PHOTO FORUM 2008’ pada 21 Jun 2008 (Sabtu), di Dewan Kuliah, Institut Profesional Baitulmal, Cheras, Kuala Lumpur (berhampiran masjid Taman Maluri KL). Forum ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, seramai tujuh orang penceramah dijemput membentang bahan, slide dalam pelbagai aspek seni fotografi kepada ahli ASFONWP dan bukan-ahli; secara percuma.
Objektif ASFON WP adalah untuk membawa peminat fotografi berkongsi ilmu pengetahuan, idea dan membina jaringan diantara satu sama lain dalam industri fotografi. Penceramah-penceramah yang diundang adalah seperti berikut :
- Tn. Hj Hamzah Hj. Hurmin
- En Shamsul Kamal
- En Haidar Abu Bakar
- En Amri Ginang
- En Ted Adnan
- En Kelwin Chan
- En Aziz Rahman
PEMINAT-PEMINAT FOTOGRAFI ADALAH DIUNDANG UNTUK MENYERTAINYA.
MASUK ADALAH PERCUMA.
ATURCARA > klik di sini
- Login to post comments
- Anjuran Institut Integriti Malaysia (www.iim.com.my)
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan IIM (Institut Integriti Malaysia) dan ahli keluarga terdekat. Terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘Terbuka’ dan‘Pelajar’.
Kategori ‘Terbuka’ : boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia;
kategori ‘Pelajar’ : untuk pelajar Tingkatan 1 – 6 sahaja.
Tema
Terdapat lima tema yang dipertandingkan, yang merupakan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN), yang juga dikenali sebagai ‘Tekad 2008’, iaitu :
1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan;
2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;
3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
4. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Subjek yang dirakamkan mestilah berkaitan dengan maksud tema dan setiap peserta boleh menyertai mana-mana atau kesemua tema yang dipertandingkan:
PHOTO WEEK @ MAJU JUNCTION MALL
Tarikh : 12 hingga 15 Jun, 2008
Tempat : Concourse (Gr Fl), Maju Junction Mall, Jln Tuanku Abdul Rahman, KL
PROFOTO ONLINE (www.profoto-online.com), MAJU JUNCTION MALL (www.majujunction.com) dan ASFON WP (www.asfon.com) menganjurkan PHOTO WEEK (atau ‘Minggu Foto’) di Concourse (Ground Floor), Maju Junction Mall. PHOTO WEEK ini akan berlangsung dari 12 hingga 15 Jun, 2008.
Program yang diadakan seperti :
· Pameran Fotografi
· Pameran Peralatan Fotografi
· Photo Talk
· Fashion Show
· Pertandingan fotografi Model shoot-out.
Kepada orangramai, anda adalah dijemput menghadirinya.
Kepada ahli ASFON WP yang ingin menyertai dalam Pameran Fotografi, mereka boleh berhubung dengan En Salim Dom (019-2269198), En Amri (013-2472744), Ajako (012-2360047) atau Aizura (Maju Junction 03-27728500).
"
Pertandingan Fotografi MALAYSIA FLORA FEST 2008 anjuran Tourism Malaysia sedang diadakan sekarang sehingga 30 May, 2008. Konsep tema ialah ‘Flora, Fauna & Landscape’. Hadiah-hadiah bernilai berjumlah RM50,000-00 disediakan oleh penganjur. Maklumat lanjut, syarat-syarat & terma-terma boleh didapati di sesawang http://www.malaysiaflorafest.com , http://www.motour.gov.my atau http://www.fujifilm.com.my
RFM Photomaster Sdn Bhd menganjur kursus asas fotografi dan digital.
Kursus asas fotografi dari 12-15 Julai 2007,masa 9 pagi – 5 petang
Kursus asas digital dari 16- 18 Julai 2007masa 9 pagi – 5 petang.
Hubungi En Redzuan Ahmad di talian 03- 2692 0208 H/P : 019 -222 6091
- Login to post comments
PERSEMBAHAN BANGSAWAN OLEH KUMPULAN SRI USM - DR. SAMAD SALLEH
Peminat –peminat persembahan bangsawan anda akan dapat menyaksikan persembahan bangsawan pada 13 Julai 2007 hingga 15 Julai 2007 bertempat di Panggung Bandaraya DBKL.Persembahan Bangsawan ini dipersembahkan oleh kumpulan Sri USM bertajuk ” BAKAWALI ” di bawah arahan dan pimpinan Dr. Samad Salleh. Masuk Percuma . Sila dapatkan pas masuk percuma dari En Rashid di talian 03 – 2612 7600 samb 448 dari JBTN dari Kesenian,Kebudayaan Negara ( KeKKWa)
Jurugambar dan ahli ASFON WP, penggambaran untuk stok imej untuk dijual di website flickers dan lain-lain lagi, Rebutlah peluang ini...
- Login to post comments









